Sekolah Kebangsaan Taman Goowood telah
dibina pada tahun 1980 dan telah dibuka sepenuhnya pada 1.1.1982. Lokasinya
lebih kurang 5 kilometer dari bandar Klang. Pada asalnya kawasan ini adalah
ladang getah kemudian dibangunkan menjadi kawasan perumahan lalu dibina sekolah
untuk memenuhi infrastruktur rakyat setempat.
Bertapak dibumi seluas 5 ekar, terbina dengan gahnya sebuah bangunan dua tingkat dan sebuah kantin dengan menerima murid seramai 400 orang bersama tenaga pendidiknya 13 orang dan 6 orang pekerja. SK Taman Goodwood sentiasa melahirkan generasi yang berilmu.
Sejarah sekali lagi terukir apabila tanggal 2 Julai 1983, Majlis Perbandaran Klang telah meluluskan pertukaran nama Sek. Keb. Taman Goodwood kepada SEK. KEB. TAMAN KLANG JAYA.
Sejajar dengan arus pemodenan, kini SKTKJ mempunyai 2 bangunan 3 tingkat, 2 bangunan 2 tingkat dan 2 bangunan setingkat yang menampung murid seramai 1350 orang dari pelbagai kaum dan agama serta dididik oleh 89 orang guru yang berdedikasi serta dibantu oleh 6 orang staf.
Demi memartabatkan profesion pendidikan, kelas pendidikan khas dan kelas pra pendidikan khas diwujudkan untuk kanak-kanak istimewa dan dilengkapi dengan wujudnya kelas pemulihan untuk murid yang lemah bagi melahirkan generasi berilmu dari rebungnya, maka diwujudkan Pra Sekolah.

Assalamualaikum
BalasPadamSila Share
Sejarah penubuhan pendidikan di Sktkj
tarikh , Bil Kelas , Bil Guru , nama penyelaras, Bil Murid semasa mula dibina
terima kasih, mohon maklumbalas ye .... Nina