Jumaat, 29 Mac 2013

Sejarah Penubuhan

Sekolah Kebangsaan Taman Goowood telah dibina pada tahun 1980 dan telah dibuka sepenuhnya pada 1.1.1982. Lokasinya lebih kurang 5 kilometer dari bandar Klang. Pada asalnya kawasan ini adalah ladang getah kemudian dibangunkan menjadi kawasan perumahan lalu dibina sekolah untuk memenuhi infrastruktur rakyat setempat.

Bertapak dibumi seluas 5 ekar, terbina dengan gahnya sebuah bangunan dua tingkat dan sebuah kantin dengan menerima murid seramai 400 orang bersama tenaga pendidiknya 13 orang dan 6 orang pekerja. SK Taman Goodwood sentiasa melahirkan generasi yang berilmu.

Sejarah sekali lagi terukir apabila tanggal 2 Julai 1983, Majlis Perbandaran Klang telah meluluskan pertukaran nama Sek. Keb. Taman Goodwood kepada SEK. KEB. TAMAN KLANG JAYA.

Sejajar dengan arus pemodenan, kini SKTKJ mempunyai 2 bangunan 3 tingkat, 2 bangunan 2 tingkat dan 2 bangunan setingkat yang menampung murid seramai 1350 orang dari pelbagai kaum dan agama serta dididik oleh 89 orang guru yang berdedikasi serta dibantu oleh 6 orang staf.

Demi memartabatkan profesion pendidikan, kelas pendidikan khas dan kelas pra pendidikan khas diwujudkan untuk kanak-kanak istimewa dan dilengkapi dengan wujudnya kelas pemulihan untuk murid yang lemah bagi melahirkan generasi berilmu dari rebungnya, maka diwujudkan Pra Sekolah.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Sila Share

    Sejarah penubuhan pendidikan di Sktkj

    tarikh , Bil Kelas , Bil Guru , nama penyelaras, Bil Murid semasa mula dibina

    terima kasih, mohon maklumbalas ye .... Nina

    BalasPadam